Pages

Sunday, March 7, 2010

Saluran Astro untuk PKG dan Sekolah

Tuesday, March 2, 2010

Halatuju PKG Bukit Besar

Bagi memenuhi keperluan terkini PKG Bukit Besar telah menghalakan arahnya ke arah pengamalan ICT sebagai satu budaya kerja yang mana diharap dapat membantu keberkesanan P&P.
PKG Bukit Besar secara amnya ingin menjadi satu agensi yang dapat bertindak sebagai satu Pusat Pemangkin ICT Setempat dan Portal Kecermelangan akedemik melalui Pembangunan PSS.

Aktiviti yang telah dilaksanakan bagi tahun 2003 adalah berfokuskan:-


1. Memperbudayakan penggunaan ICT di sekolah-sekolah
2. Membantu dalam perlaksanaan Pengajaran Matematik dan Sains
Dalam Bahasa Inggeris (ETEMS)
3. Menjadi Pusat Latihan bagi ETEMS
4. Pendidikan bagi Meningkat kesedaran kepentingan Pengurusan PSS yang baik.
5. Peningkatan Tahap Profesionalisme Guru
6. Khidmat Bantuan PSS dan ICT
7. Pembangunan Teknologi ICT dan Khidmat Kemudahan.
8. Melaksanakan latihan dan kursus sebagaimana yang dirancang.
9. Menghasilkan bahan P&P bagi membantu sekolah ahli.
10. Menerima Lawatan dari Agensi Pendidikan dari dalam dan luar negeri.

Taklimat Penyelarasan Pengurusan PSS 2010



01/03/2010 Satu mesyuarat Penyelarasan Pengurusan PSS kepada guru Perpustakaan dan Media telah diadakan di PKG Bukit Besar bertempat di bilik mesyuarat. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan 1 En. Ahmad Suhaimi bin Said dan Pegawai Teknologi Pendidikan 2 En. Mohd Yusoff bin Mis.

Sunday, February 28, 2010

Majlis Perasmian Program NILAM 2010



Ahad 28 Februari 2010, Satu majlis pelancaran Program Nilam 2010 telah diadakan di SMK Chung Hwa Wei Sin. Program dihadiri oleh semua pelajar sewaktu sesi perhimpunan sekolah dan telah selamat dirasmikan oleh Pegawai PKG Bukit Besar iaitu En. Ahmad Suhaimi bin Said.

Saturday, February 27, 2010

Sekolah Ahli PKG

Misi dan Visi

VISI

Ke arah pembudayaan penggunaan media dan teknologi pendidikan
di setiap sekolah.

MISI

Membina, mempertingkat dan mengekalkan amalan
penggunaan teknologi pendidikan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran secara kreatif dan inovatif.

Sejarah PKG

Sejarah PKG bermula dengan penubuhan Pusat Media Daerah (PMD) dalam tahun 60-an . Pada tahun 1986 konsep PMD ini telah diterima sebagai asas penubuhan Pusat Sumber Pendidikan Daerah . Setelah beberapa perkembangan dalam bidang pendidikan , maka pada bulan Ogos 1990 PSPD ditukarkan kepada nama baru iaitu Pusat Kegiatan Guru
( PKG ) serta diberi peranan yang lebih luas dan menyeluruh .

1992

Bagi Negeri Terengganu Darul Iman , bilangan sekolah adalah kecil maka negeri ini diperuntukkan sebanyak 22 buah PKG . Dari jumlah tersebut 11 buah mempunyai bangunan sendiri manakala 11 buah lagi masih tidak mempunyai bangunan dan ditempatkan di sekolah yang dikenalpasti strategik kedudukannya.

1994

Bangunan PKG Kuala Terengganu Selatan I ( PKGKTS I ) didirikan dalam kawasan SK.Pusat Bukit Besar dan siap dibina pada awal 1991 . Pada 1 Ogos 1991 seorang Penyelaras sepenuh masa telah dilantik dan ditempatkan di PKGKTS I untuk menjalankan pengurusan dan pengoperasiannya.

1996

PKG Terengganu telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato' Asiah binti Abu Samah , Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 8 Ogos 1992 . PKG KTS I telah dipilih sebagai temapat mengadakan majlis tersebut .

2003

Di awal penubuhan PKG KTS I ahli-ahli terdiri daripada 25 buah sekolah di sekitar Kuala Terengganu iaitu 8 buah sekolah menengah dan 17 buah sekolah rendah .

Mulai tahun 1999 penyusunan semula PKG telah diadakan semula . PKG Bukit Besar mempunyai 32 buah sekolah sebagai ahli iaitu 19 buah sekolah rendah dan 13 buah sekolah menengah .

Menjelang tahun 2003 bilangan sekolah ahli telah bertambah menjadi 34 buah sekolah. Berikut adalah maklumat terkini sekolah di zon PKG Bukit Besar

Bil Sekolah : 31 buah Sekolah
- 18 buah Sekolah Rendah
- 13 buah Sekolah Menegah

Wednesday, February 24, 2010

NILAM GURU


DOWNLOAD->Kriteria NILAM GURU
DOWNLOAD->Borang Penyertaan

Tuesday, February 23, 2010

Hari Maulidur Rasul

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan PKG


Salam 1Malaysia,

21 Februari 2010 : PKG Bukit Besar telah mengadakan satu mesyuarat pengurusan PKG. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh En. Azman Bin Othman selaku KPP BTPN Terengganu, turut hadir ketua unit hal ehwal PKG Hj Wan Mohd Zuhaidi Bin Wan Hassan, Pegawai PPD Kuala Terengganu dan Pengetua/Guru Besar Sekolah ahli PKG Bukit Besar.
PKG BUKIT BESAR © 2008 Template by:
SkinCorner