Pages

Tuesday, June 12, 2012

Lawatan Pengarah BTP ke SK Paya Bunga



Pada 10 Jun 2012,satu lawatan bermaklumat daripada Pengarah BTP, Pn Rosnani bt Mohamed Ali ke SK Paya Bunga. Turut hadir ialah Pegawai PPD Kuala Terengganu, Pegawai-pegawai daripada JPNT serta KPP BTPN Terengganu. Lawatan ini adalah bagi melihat Keberkesanan Projek Kelas Maya yang telah dilaksanakan di sekolah ini.

Latihan eBOOK dan Kelas Maya Sekolah Menengah


Latihan eBOOK dan Kelas Maya bagi sekolah menengah telah dilaksanakan pada 22-23 Mei 2012 bertempat di BTPN Terengganu. Bagi kohort ini, daerah yang terlibat adalah Kuala Terengganu (Selatan), Besut dan Setiu. Pengisian latihan adalah menjurus kepada pengintegrasian eBOOK dalam pengajaran dan pembelajaran bagi pelaksanaan di sekolah menengah. Pendedahan diberi kepada penggunaan mythware dan media baru. Diharapkan pendedahan ini dapat meningkatkan penggunaan eBOOK di sekolah menengah.

Thursday, March 1, 2012

Bengkel IQPSS dan Nilam



Pada 28 Februari 2012, satu Bengkel Pemantapan Penggunaan Nilam dan IQPSS telah diadakan di Bilik Seminar PKG Bukit Besar, bengkel ini dikendalikan oleh En. Muhamad Abdah bin Ismail dan melibatkan Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sekolah-sekolah ahli PKG Bukit Besar.

Guru-guru GPM telah diberi penerangan tentang cara mengisi data i-Nilam secara online. Selain itu beliau juga turut memaklumkan kepada guru GPM perlu merancang program membaca di sekolah untuk memupuk minat murid-murid untuk membaca.

Sunday, February 26, 2012

Mesyuarat JKPA bil. 1/2012



Pada 20 Februari 2012, satu Majlis Perhimpunan Ahli Mesyuarat JKPA bagi PKG-PKG Daerah Kuala Terengganu telah diadakan, Majlis ini diadakan di Dewan Besar BTPN Terengganu. Antara Pegawai-pegawai yang hadir adalah KPP BTPN Terengganu, Pegawai PPD dan Pegawai Votek PPD K. Terengganu, Pengetua/Guru Besar serta Pegawai Teknologi Pendidikan BTPN dan PKG.

Apabila tamat sesi perhimpunan di Dewan Besar BTPN Terengganu, Peserta Mesyuarat berpecah kepada beberapa kumpulan mengikut PKG Masing-masing. Bagi PKG Bukit Besar, ahli mesyuarat berkumpul di Bilik Seminar.

Monday, January 2, 2012

Carta JKPA 2012





Carta JKPA 2011

Sunday, January 1, 2012

Carta Organisasi


ISWADY FAZLY BIN MD. NOR
PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN 1
WAN MOHD BAKRI BIN WAN MUSA
PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN 2
NORLIZA BT ABDULLAH
PEMBANTU TADBIR N17
MOHD FIKRI BIN JUSOH
JURUTEKNIK KOMPUTER FT17

PKG BUKIT BESAR © 2008 Template by:
SkinCorner