Pages

Thursday, March 1, 2012

Bengkel IQPSS dan Nilam



Pada 28 Februari 2012, satu Bengkel Pemantapan Penggunaan Nilam dan IQPSS telah diadakan di Bilik Seminar PKG Bukit Besar, bengkel ini dikendalikan oleh En. Muhamad Abdah bin Ismail dan melibatkan Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sekolah-sekolah ahli PKG Bukit Besar.

Guru-guru GPM telah diberi penerangan tentang cara mengisi data i-Nilam secara online. Selain itu beliau juga turut memaklumkan kepada guru GPM perlu merancang program membaca di sekolah untuk memupuk minat murid-murid untuk membaca.

Sunday, February 26, 2012

Mesyuarat JKPA bil. 1/2012



Pada 20 Februari 2012, satu Majlis Perhimpunan Ahli Mesyuarat JKPA bagi PKG-PKG Daerah Kuala Terengganu telah diadakan, Majlis ini diadakan di Dewan Besar BTPN Terengganu. Antara Pegawai-pegawai yang hadir adalah KPP BTPN Terengganu, Pegawai PPD dan Pegawai Votek PPD K. Terengganu, Pengetua/Guru Besar serta Pegawai Teknologi Pendidikan BTPN dan PKG.

Apabila tamat sesi perhimpunan di Dewan Besar BTPN Terengganu, Peserta Mesyuarat berpecah kepada beberapa kumpulan mengikut PKG Masing-masing. Bagi PKG Bukit Besar, ahli mesyuarat berkumpul di Bilik Seminar.

Monday, January 2, 2012

Carta JKPA 2012





PKG BUKIT BESAR © 2008 Template by:
SkinCorner